Notis
Notis amaran penting. Pihak E3 Oil tidak pernah mengedar kepada 'Shopee Shop' ini dan iktiraf pengedar ini. 'Seller' ini didapati mahu menjatuhkan imej dan kredibiliti syarikat kami dengan memasarkan produk tiruan dengan harga yang jauh lebih murah daripada pengilang dan pengedar. Para pelanggan disarankan membuat laporan kepada 'Shopee' untuk mengelakkan kekeliruan bagi pengguna di masa akan datang.
Pihak E3 Oil sudah mengambil langkah proaktif dengan menambah baik sekuriti keselamatan produk. Setiap produk yang mempunyai 'QR Code' akan kami sertakan notis ini bagi mengelakkan pengguna daripada tersalah beli produk tiruan.
Dapatkan produk E3 Oil di pengedar yang sah.
Cara mengenal pasti ketulenan produk
Setiap produk kami didatangkan dengan 'barcode' disetiap kotak bagi memastikan sumber diedar daripada pengedar yang sah. Setiap produk melalui kawalan kualiti. Setiap botol juga telah di 'plastic sealed' bagi mengelakkan kebocoran.
Improvasi dari segi pembungkusan
Ejaan pada kotak produk tiruan salah manakala ejaan di kotak produk asli disebaliknya. Produk kami sentiasa mengambil langkah proaktif untuk kawalan kualiti bagi mengelakkan kesalahan kecil walaupun sekadar ejaan.